Amat mengagumkan dan menyejukkan hati apabila seseorang yang dilahirkan dalam kemewahan, dibesarkan di bandar besar, segalanya serba cukup, berpelajaran tinggi, kelulusan luar negara yang penuh cabaran dan dugaan, mengerjakan suruhan agama dgn baik dan berazam untuk menjadi lebih baik berbanding dengan seseorang yang dilahirkan di kampung, dibesarkan di kampung dan dikelilingi masyarakat Melayu beragama Islam, belajar di dalam Malaysia, di dalam negeri yang agak kuat pegangan agama Islamnya, yg kurang godaan dan cabaran.
Hurmmm.. bezanya mereka adalah seorang yang kurang bercakap tapi terus bertindak dan seorang lagi sering cakap, berpesan, tapi hanya cuma tinggal cakap kosong dan pesanan tanpa tindakan.
Dunia dah terbalik. Kalau dulu orang akan cakap, budak bandar bawa budaya tidak baik kalau masuk kampung, cakap-cakap itu sudah tidak relevan lagi dengan masa kini. Perkara sudah jadi sebaliknya....
*Haha..skema plak hari ni~
0 comments:
Post a Comment