Pages

18 September 2011

ADA ORANG TU...

Ada orang tu..
Dia selalu rasa dia tak cukup bagus untuk apa yang dia impikan
Yang sebenarnya sangat sesuai dengan dia.

Ada orang tu..
Selalu pandang rendah pada diri sendiri
Sampai dia sanggup korbankan perasaan dia sendiri untuk terima sesuatu yang nyata bukan untuk dia
Dia impi yang lain tapi dapat yang lain
Dia terima jugak
Walau dalam hati dia selalu berperang
Tapi akhirnya dia putuskan..
Apa salahnya terima
Tak baik terlalu bertegas
Mungkin keadaan akan berubah jadi lebih baik..

Ada orang tu...
Dah lama-lama pun keadaan tak berubah jugak
Dia jugak yang selalu jadi mangsa
Asal org lain reject, dia jugak lah yang selalu dicari
Dia tetap sabar
Mungkin semua akan berubah kut..

Ada orang tu..
Dah 3-4 kali benda yang sama jugak jadi
Akhirnya, ada orang tak reject
Dia dah tak dicari dah
Dia dah kena buang..jauhhh
Dia menangis jugak tapi dia senang

Ada orang tu..
Lama-lama dia sedar
Mungkin Tuhan bagi dia petunjuk
Sudah-sudahlah menzalimi diri sendiri
Setiap yang dijadikan ada tempat dan kelas yang tersendiri
Jangan terlalu pandang rendah pada diri sendiri
Apa yang diimpikan sejak dulu memang dah betul
Tuhan cuma nk bawak orang tu balik ke jalan yang sepatutnya dia pergi
The path she supposedly belongs!

Ada orang tu..
Terima padah sebab tak bertegas
Terlalu kesian
Terlalu ikut hati padahal akal dia nasihat dia dh lama dulu
Tapi
Dia bersyukur
Akhirnya Tuhan tolong dia buat keputusan yang dia rasa susssah sgt nak buat
Takpelah kalau menderita sekejap pun
Sebab dia pasti
Dia akan dapat apa yang dia impikan
InsyaAllah!





*manusia tak bodoh kalau buat silap tapi bodoh kalau tak belajar dari kesilapan..huhu..orang tu dah sedar dahh =)



17 September 2011

SUNGGUH MENYAKITKAN..

It's so sick..
Kalau hati yang bertahun-tahun kita jaga, tak nak terguris walau sikitpun,lastly tikam2 hati kita dengan selambanya..

Sungguh menyakitkan..
Kalau hati yang cari kita ketika dia susah, tapi bila kita susah, ditinggalkan macam tu je..

Penah rasa tak?
Kalau penah rasa, just bayangknlah perangai kita dgn parents kita. Agak2 mcm tu tak?

Bayangkan pulak kita dengan Tuhan..
Ada tak camtu?

So, sebelum salahkan orang lain buat kita camtu,
tengoklah dulu diri kita..huhu..

*Walau apa pun yg terjadi, semuanya mesej dr Tuhan utk kita...

12 September 2011

K-Ci & JoJo - All My Life

09 September 2011

I HEART MY PARENTS =)



Recently,aku mmg slalu keluar makan dgn mak & ayah. Biasa la,dh tak buat ape2,mengekor mak & ayah je la kejenye. I'm lucky sbb mak & ayah mmg suka berjalan. Kdg2, kunun2 keluar pegi breakfast je tp trus melalut pegi Penang. So, paham2 la klw terserempak aku berpakaian ala kadar. hee~~

Semenjak dh menjadi single semula ni (tu la keje aku,single-couple-single-couple.mak aku dh pening @_@), bila tgk couple mkn berdua, dating, mula la terlintas kt hati, "Bestnye bole dating smbil mkn2". Tapi aku mula terfikir, "betul ke best?". Kita mesti tak terfikir, ntah2 org yg tgh berdating tu bila pandang kita dgn parents kita, kt hati dia pulak terlintas, "Bestnya dapat keluar mkn dgn parents. Parents aku jauhh..". Tambah2 pulak klw dorang dh xde mak @ ayah @ kedua2 skali. Mesti terlintas kt hati dorang, "Kalau la aku bole tukarkan boyfriend/girlfriend aku untuk dptkan balik moment mcm ni dgn parents aku, for sure aku akan buat!".

Memang bila mak & ayah depan mata kita, kita kurang hargai saat2 dgn dorang. Bagi yg dh ada bf/gf, asyik terfikirkn couple dorang je la. Bila mak & ayah dh jauh, baru la rindu. Yess, aku bercakap melalui pengalaman sendiri. Aku walaupun start masuk asrama dr form 1 smpai form 5, pastu dr poli smpai la U, aku tetap menangis lpas mak & ayah tggalkan aku kt asrama (syhhh! hehe). Bila dok umah, melawannye kemain. Padan muka!

So,do appreciate your parents. No matter what, no matter how. Boyfriend/girlfriend akan tinggalkn kita once dorang dh jumpa someone yg dorang rs lg bagus dr kita tp parents takkan penah tinggalkn kita walau serendah mana pon kita jatuh. Parents takkan tukarkan kita yg keja kuli dgn anak jiran yg pangkat besar. They still proud of whatever we've achieved. Membebel tu mmg la (sbb ko mls!). Bagi yg masih ada parents, try la jaga hati dorang sebaik mungkin. Bagi yg dh takde, jagalah diri sendiri baik2. Tolongla jgn buat bnda yg dilarang agama. Kalau korang buat jugak, mcm mana korang nk jadi anak yg soleh/solehah sedangkan doa yg smpai pada mereka yg kt alam barzakh adalah doa anak2 yg soleh/solehah?

Aku sentiasa doa utk diri sendiri agar aku menjadi anak yg baik utk parents aku. Sebarang kesalahan aku,harap2 mak & ayah dpt ampunkan. I'll try my best to not humiliate them. Aku harap diberi kesempatan untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mak & ayah sebelum aku kehilangan mereka atau mereka kehilangan aku... Aminn..



En. Ramli & Pn. Mehezan (who really proud of me!)



08 September 2011

kalau aku rampas kekasih orang..

jgn ambek boypren aku sedey weess..
nanti aku ambek boypren ko balik wakaka..
weh nurul ko ape kes!
(kata2 hiasan semata-mata)

I'm just joking.... i would never do that!unless your boyfriend look like brat pitt wakaka
no offense..
my opinion in general..
ok
i know people make mistakes..i know love is blind..i know maybe your husband or your darling sekarang adalah bf or suami orang yang dirampas daripad pompuan lain..i know and i know everything..
so ni nasihat saya pada orang yang pernah merampas bf orang lain..rampas laki orang lain..rampas hak orang lain..
babes..
tak guna kalau nak cakap kenapa kau rampas die..kenapa kau buat kawan kau mcm tu..kenapa and kenapa..
just accept the reality..maybe jodoh kamu sudah tertulis dengan lelaki tersebut..
tak pe..people make mistakes. i'm a firm believer that sometimes its right to do the wrong thing.
in positive way..bagi saya..its okay..sudah tertulis begitu kan..

tapi babe..
ingat..bila kamu mencuri hak orang lain..kamu menyebabkan orang lain menangis,,kamu menyebabkan hati orang lain terluka..kamu menyebabkan hidup orang lain kucar kacir..
jadi..apabila kamu berhasrat untuk bersama dengan orang yg sudah jadi milik orang lain..maka lakukanlah dengan berhemah..
akui kesalahan kamu..
minta maaf pada perempuan tersebut dan terangkan kepada dia dengan cara yang paling tidak menyakitkan..
kamu kena tahu..Stealing is wrong. Therefore you clearly are doing something wrong..so u have to admit your mistake and ask for apology..
ya..
mungkin kamu dah tidak mampu untuk meninggalkan that guy..so..just stay with him perhaps he was created for you..but..fikirkan tentang perasaan orang lain..minta maaf dengan cara yang paling baik..
benda paling bodoh sekiranya..
dahlah kamu rampas hak orang lain..kamu maki2 plak plak perempuan tersebut like:
kau sedar la diri kau sikit..muka mcm hantu ada hati nak kat boyfwen aku bla bla..
kamu call or warning perempuan tersebut supaya jangan kacau boyfriend kamu.just kerana bf baru kamu msg ex die tanya khabar..kamu tengah malam buta sanggup call pompuan tu and maki2..giler tak lojik..
kamu mengumpat2, buruk2 kn perempuan tersebut semata2 nak nampak kamu suci..
bukannya kamu nak jernihkan keadaan..tapi memburukkan keadaan like:
aah..bukannya i giler kn die..die tergila2 kn i..i nak wat camne..dah u xpandai jaga boyfriend.
i know maybe its true..tapi agak2 la kot..mind your words sometimes dear..
kamu yang bersalah tapi kamu menyalahkan perempuan tersebut..hey you..before you wanna point your finger to someone else..make sure your hand are clean enough..
kamu menunjuk2 or menayang2 that guy depan perempuan tersebut dengan niat nak sakitkan hati dia..
kamu membandingkan2 diri kamu dengan perempuan tersebut like..
kau sapa?aku sapa..kau ingat kau ni bla..bla..bla
What if someone stole your boyfriend?? I know you wouldn't like it..kan..kan...dahlah kamu rampas hak orang..bukan nak mintak maaf ke apa..tapi kamu siap maki2 lagi..siap tayang2 lagi..nak bagi perempuan lain sakit hati..wait my dear..u will pay someday because karma is going to get you hard.
tak salah kalau kadang2 kamu harus meletakkan diri kamu kat tempat orang lain..You shouldn't have to steal another girl's boyfriend, you should be able to get one yourself...apa yang menyakitkan kamu..maybe menyakitkan orang lain jugak..
and sekiranya bersama kamu ini adalah seseorang yang pernah menjadi milik orang lain..then u should notice that..what u have done is wrong..
perhaps..there is nothing that u can do to undo it..but maybe u can pay her a truly sorry from u..why dont u?

its okay.
people have right to make mistakes..
but please dont be cruel.
notes to self: beware of your fake friend..they might steal your bf or playing trick behind u..
ahhh..life:(

*this post has been copy & paste from Nurul Badiah's blog. Credit to her =). Love this post...

07 September 2011

A COVER OF A BOOK DOES NOT DESCRIBES ITS CONTENTS

Don't Judge A Book By Its Cover

Kita selalu menilai orang dr luaran.. Kalau dia pakai vogue sket, mula la mulut2 gatai nk berbisik. Kalau nmpak dia pakai tertutup semua, "Ok,dia baik budaknye"..huhu..

Aku dulu pon mcm tu. Suka sgt menilai org dr luaran. Tapi,lama2, bila dh terbukak minda, kurang sket methodology penilaian aku tu. Semuanya ketara bila aku start blaja kt UNISEL r.. Kat sini,mcm2 org ada. Kalau nk dtg test tahap penilaian org secara luaran,ini lah tempatnya. Hehe... Orang2 kampung sekitar kampus ni, semua ckp yg xelok psl bdak2 kt sini...Sosial la, suka amik laki org la.. Itu luaran je,makcik.. Kami yg kt dlm ni,xde pape pon.. ntah ye ntah tidak bdak Unisel.. Ntah2 bdak kg 2 jugak kot..hu~~

Org yg selalu ckp pasal agama,tak semestinya dia baik. Tak semestinya dia amalkan apa yg dia cakap. Kita yg mendengar pon perlu tapis apa yg kita dengar. Bole jd apa yg dia cakap,hasil pengajian dia yg xabis dan tak mustahil bole jd ajaran sesat. Kita xboleh terima bulat2 walaupun siapa pon penyampainya itu kepada kita. Tambah2 pulak bila dh tau lifestyle dia mcm mana. Hmmm.. 

Ada org,menulis tentang agungnya Tuhan tapi ada ke dia mengubah diri dia kearah kebaikan,keagungan yg dia tuliskn dgn penuh bangga mcm dia sorang je yg tau bersyukur tu? 

Ada org menulis atau jarang memperkatakan sesuatu tentang agama tapi dlm hati dia,Tuhan saja yg tau. Mungkin dia rs ilmu dia belum cukup untuk di'published to public'. Jangan main2, ilmu ni klw kita salah keluarkn,bahaya ooo... Jadi,kdg2 golongan mcm ni akan dianggap x ambil berat psl agama. Apa yg dorang buat,tak berteraskan agama. Huhu.. Watch out! Maybe dia lebih baik dr kita.

Aku pnah di'judge' oleh roomate aku ms kt poli dl.. "Ape? Marni baca Yaasiin??!!" Dengan air muka yg sgt hairan... Haha.. Aku pegi mengaji kt umah makcik kt tmn aku la,G. Ponteng skali skala je tau..khekhekhe.. Aku pon tak tau apa yg dia nilai aku smpai dia tak pecaya aku bole baca surah Yaasiin. Aku ni hijabster,aku rs tak pnah plak bukak kt public.. Hmmm.. Muka jahat kot..haha..

Kadang2 kita mendabik dada kt org tentang apa yg kita dpt sedangkn kita xtau org 2 dh pnah alami apa yg akan kita alami. Benda itu maybe baik atau buruk.. Kita kata org tu jahat la,ape la.. Tapi maybe ada sbb org tu mcm tu.. Kita tak tau,mungkin satu hari nnt kita yang jd mcm tu.(Mintak dijauhkanlah aku dr jadi orang mcm 'tu')

*Malam ni aku insaf.. Aku nk jd baik. Kalau bole,aku nk end up segala persengketaan..sbb aku tau dh rahsia disebalik semua ni dan aku sgt2 bersyukur. Aku insan biasa,takde niat pun nk membenci dan xlari dr membuat kesilapan =) Apa gunanya membenci utk sesuatu yg Allah dh makbulkn? Eishh..tak bersyukur btul bdak Marni ni...hu~~

04 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AND MERDEKA DAY!!

I think it's not too late for me to wish u Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir dan Batin.. (raya kan sbulan!)
 and
Happy Merdeka Day!!
WooHoo

So,lepas ni,kita sambut Hari Malaysia (16 September) pulak. Tapi tu lambat lagi.. Cerita pasal raya la dulu,ye tak? Hehe...

Camne raya? Ok ke? Hope everything was very fine. Allah bagi kita raikan Aidilfitri ni untuk bergembira, so we should all be happy tapi ada batas2,ok.. Hehe..

Raya pertama aku kat Kedah. Lepas solat sunat Aidilfitri,bergambar family than terus ke rumah saudara mara sebelah ayah kat area2 Merbok.

Second raya, terus shoot ke Negeri Sembilan, beraya dgn nenek and sedara mara sebelah mak.

It's all the same mcm tahun2 lepas tapi aku tak pernah boring buat aktiviti yg sama tiap kali raya. Setahun sekali je jumpa. Ntah tahun depan aku sempat lagi buat aktiviti yg sama ntah tidak. So,aku kena appreciate kesempatan berjumpa sedara mara selagi boleh.

Tambah satu lagi kubur utk kami ziarahi. Kubur Om.. Macam tak percaya tapi that's the reality. Nama Afrizal bin Ramlan terpampang kt batu nisan membuatkan aku sebak. Tak dapat jugak aku nk beraya dengan Om raya kali ni dan sterusnya. Hanya Al-Fatihah dan Yaasin dapat aku hadiahkan utk Om. Jugak utk arwah atuk,tokwan dan tok.

Raya kali ni banyak jugak amik gambar tapi xdapat nk upload utk post kali ni sbb tak transfer lagi gmbar kt tuan punya kamera. Aku xbwk kamera sendiri. Saje. Malas. Aku nk posing je, taknak tekan2 kamera tu..ngeh3 =)

Maybe next post ade gmbar...
 

Copyright © It's Marni's Story. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver